27.2.09

Kerana Gaya Atau Kesihatan?

Sekejap je RH rasa dah nak masuk bulan March untuk tahun 2009 ni. Pejam-celik, pejam-celik...musim berubah musim...hari berganti hari....dah nak habis 2009.

Bila bercakap tentang musim, ini adalah satu kelebihan bila berada di luar negara seperti Australia ni, dapat menikmati musim-musim yang berlainan. Sekarang ni, Australia sedang mengalami musim summer.

Australia ni lain sikit, kalau pagi summer, tengahari boleh jadi autumn dan petang boleh jadi winter! Very unpredictable! Kuasa Allah...! Orang-orang kat sini dah boleh terima keadaan macam tu dan mentally prepared habis!

Petang tadi RH berpeluang bersembang-sembang dengan kakak RH yang semakin sibuk sejak kebelakangan ni dengan kemasukan student baru ke universiti-universiti di Australia ni. So, kakak RH dipertanggungjawabkan untuk pergi melawat dari satu tempat ke satu tempat, dari Melbourne ke Adelaide, lepas tu ke Brisbane dan Tasmania dan sebagainya.

Banyaklah perlu berjalan, tapi kata orang, "jauh berjalan, banyak pengalaman". Bagi kakak RH, di antara pengalaman yang menarik yang dilaluinya ialah melihat kerenah penduduk-penduduk Australia ni. Menarik! Terutamanya dari segi fesyen. Dan fesyen yang paling significant sekali dalam menghadapi musim-musim yang tak menentu di Australia ni ialah fesyen ber"sunglasses".

Bila kakak RH sebut tentang sunglasses, baru RH perasan orang-orang kat sini sangat bergaya sambil menjaga mata dengan memakai sunglasses yang berbagai-bagai fesyen. Yang bestnyer, jenis sunglasses yang dipakai oleh perempuan juga dipakai oleh lelaki dan vice versa.

Pendek kata, diaorang tak pakai sunglasses semata-mata kerana gaya! Disebabkan itulah kita dapat lihat rata-rata orang-orang di Australia ni akan pakai sunglasses walau di mana diaorang berada.

Oleh yang demikian, kita boleh dapati sunglasses dijual di mana-mana kedai dengan berbagai-bagai peringkat harga. Branded dan tak branded juga sudah tidak menjadi soal kerana fesyen dan style yang dijual di sini adalah lebih kurang sahaja. Orang-orang kat sini pun tak terlalu hiraukan siapa yang mampu beli yang mahal atau siapa yang tidak mampu. Dengan itu, terhapuslah perasaan riak sesama manusia.....

RH pun dah dapat sunglasses sendiri. Kakak RH hadiahkan semasa menyambut birthday RH tahun lepas. Tapi sayangnya RH kena tukar glasses tu dulu sebab RH ni rabun jauh! Tapi, kadang-kadang tu sebab tak tahan panas yang menyilau ke mata, RH hentam pakai juga walaupun agak kabur! :-)

Itulah serba-sikit cerita tentang fesyen kat Australia ni...fesyen sunglasses. Sebenarnya, di negara kita pun boleh diamalkan perkara yang sama, sebab RH dengar musim panas semakin menjadi-jadi. Bukan apa, untuk melindungi dan menjaga mata. Janganlah beli sunglasses tu semata-mata untuk gaya sahaja.

RH rasa kalau semua orang mempunyai niat di hati untuk menjaga kesihatan dulu lepas tu baru ingat fesyen, maka ia akan mewujudkan satu budaya yang baik yang boleh menghapuskan segala pandangan negatif di kalangan masyarakat kita. Tak akan adalah juga budaya nak menunjuk-nunjuk dan mengumpat dan sebagainya.

Rasa-rasa ada yang bersetuju dengan cadangan RH ni tak? Atau ada yang mempunyai pengalaman lain berkenaan fesyen sunglasses ni yang boleh dikongsi di sini? Jomlah sama-sama kita hapuskan sebuah kata-kata "Biar Papa, Asalkan Bergaya" atau satu lagi kata-kata yang RH belajar dari seorang kakak yang berasal dari Singapura, dia bilang kata-kata ni sememangnya orang Singapura sangat familiar, "Biar Mati 'Aksyen', Jangan Mati Accident".

22.2.09

Customer Service Yang Tip Top & Memuaskan Hati!

Sejak kebelakangan ni RH terfikir nak buat macam-macam kerja dan projek untuk memanfaatkan lagi hidup.

RH bercadang nak polish kereta lama RH tu, nak repair serba sedikit bagi nampak baru. RH dah dapat sorang kawan yang sanggup tolong RH buat semua tu...

Selain daripada tu, RH terasa nak berkebun. Bila melihatkan pokok-pokok yang ditinggalkan kat rumah RH oleh seorang kakak angkat RH yang dah balik for good baru-baru ni.

Semangat semakin berkobar-kobar bila abang ipar RH pun mempunyai niat yang sama dan beria-ria ajak RH pergi beli tanah dan cari bekas-bekas besar untuk bercucuk tanam. Pokok-pokok yang kitaorang nak tanam terdiri daripada pokok daun kunyit, serai, cili (berbagai jenis cili), daun pudina, daun kesum...boleh buat laksa, daun bawang dan lain-lain lagi.

Untung juga kalau duduk di Australia ni belajar bercucuk tanam sendiri sayur-sayuran dan pokok-pokok seperti di atas. Ini disebabkan harga sayur-sayuran dan pokok-pokok tersebut sangatlah mahal! Tak tahan jugak kalau asyik kena beli!

So, petang tadi, RH dan abang ipar RH pergilah survey-survey tanah yang baik untuk dibeli. RH tidak pernah nak beli-beli tanah di sini, ini kali pertama RH nak mencuba...so, RH dan abang ipar RH pun cuba ke satu market jualan murah. Di samping mencari tanah yang berkualiti, kitaorang masih concern soal harga! Nak juga cari tanah yang murah!

Pusing punya pusing, tak jumpa pun orang menjual tanah baja untuk bercucuk tanam. Tiba-tiba RH terperasan di sudut market tu ada seorang perempuan tua cina sedang menyimpan semula pokok-pokok yang dijualnya di dalam kereta sebab hari dah petang...market dah nak tutup.

RH dan abang ipar RH pun menghampiri perempuan tu dan bertanya sama ada dia ada jual tanah baja atau tidak. Di samping perempuan cina tua tersebut ada seorang temannya, perempuan juga tapi orang putih, dah tua, yang begitu helpful dan kaya dengan informasi.

Kedua-kedua auntie tu mencadangkan RH dan abang ipar RH ke sebuah tempat yang menjual macam-macam jenis tanah baja untuk pokok-pokok ni sambil bercerita tentang bagaimana nak beli dan pilih tanah yang bagus pada harga yang baik. Yang bestnya, RH perasan, kita tanya sikit, 2 orang tua tu berkongsi banyak ilmu dan maklumat macam mana nak bercucuk tanam!

Free information kan RH dapat.....Itulah satu yang RH suka dengan orang-orang kat sini. Public relations skill diaorang memang terserlah dan sikap membantu dan berkongsi ilmu serta pengalaman memang tip top betul! Dua orang perempuan tu terus bercerita tak henti-henti...

Sebaik saja sampai di kedai yang dicadangkan tu, RH dan abang ipar RH ternampak beberapa jenis tanah baja yang dijual dengan harga yang berpatutan. Tetapi kitaorang tak tahu dan terpinga-pinga pula memikirkan yang mana satru yang paling sesuai untuk pokok-pokok jenis sayur-sayuran dan yang boleh dimakan.

Tiba-tiba kitaorang ternampak seorang lelaki mat saleh yang menjaga pintu masuk kat kedai tu dan kitaorang pun mengambil inisiatif untuk approach lelaki tersebut bertanya pendapat tentang tanah baja yang sesuai. Sambil cuba membantu pelanggan-pelanggan lain yang keluar masuk kedai tu, lelaki berkenaan cuba juga menjawab soalan kitaorang.

Kitaorang agak teruja dengan maklumat yang diberi oleh lelaki mat saleh tu, amatlah complete! Dia bercerita tentang tanah baja yang sesuai yang terjual di situ dan juga cara-cara bagaimana untuk mendapat result yang paling baik untuk bercucuk tanam! Dengan bantuan serta maklumat tersebut, akhirnya kitaorang dapat juga membuat keputusan dan pulang dengan hati yang sangat puas dan berkobar-kobar untuk mulai projek kitaorang.

Inilah di antara yang RH kagum kalau berurusan dengan orang-orang di Australia ni, terutama orang putih atau mat-mat saleh. Dengan politenya (kebanyakannyalah), dengan helpful, ikhlas, committed, tak kedekut ilmu, experienced, and knowledgable. Pendek kata, senang betul bila berurusan apatah lagi bila kita di dalam keadaan terpinga-pinga...macam RH dan abang ipar RH tadi....

Pernahkah kawan-kawan melalui keadaan yang sama macam RH? Dapat bantuan yang memuaskan daripada customer service desk di mana-mana pejabat, syarikat atau pusat membeli-belah? Siapa yang selalu lebih cooperative, lelaki atau wanita, bangsa kita atau bangsa asing, di negara sendiri atau di negara orang lain? Jomlah berkongsi cerita anda sama di sini...RH alu-alukan kawan-kawan semua ye.....

17.2.09

Antara Mendidik & Mengajar...Antara Erti Kehidupan & Lulus Peperiksaan

Salam semua! agak lama juga RH tak poskan cerita di blog ni ye.... RH minta maaf sangat-sangat sebab RH agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan dan sibuk juga mengatur hidup dan impian RH untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam segala segi. Wah! bunyi macam serius je kan?

RH baru perasan di dalam artikel RH yang baru lepas, RH banyak bercakap tentang perhubungan suami isteri, pasangan kekasih dan sebagainya. Tetapi kali ini, RH nak sentuh pulak soal orang yang sangat penting di dalam sesebuah keluarga...ANAK_ANAK.

Bunyi macam tak ada kena-mengena dengan orang bujang kan? Memang la, tak ada kena-mengena dengan RH pun, sebab RH pun belum ada anak! Walau bagaimanapun, isu anak-anak ni masih penting dalam hidup kita semua sebab satu hari nanti bila kita kahwin, murah rezeki, Allah akan kurniakan anak-anak atau paling tidak anak-anak saudara, anak abang, anak kakak atau anak adik...macam, RH ni.

Petang tadi RH diamanahkan oleh kakak RH yang sibuk outstation untuk wakilkan dia ke mesyuarat bersama guru-guru sekolah anak-anak saudara RH. *Senyum*...rasa seronok juga bila berada di kalangan parents Australia, kebanyakan diaorang ni very supportive dan cooperative! Sikit pun RH tak rasa kekok bila bergaul dengan diaorang (dah macam kenal lama) bila diaorang sangat peramah dengan RH. Rasa seronok dan bersemangat pula nak jadi parent bila dah berumahtangga nanti!

Di sepanjang mesyuarat tersebut RH betul-betul terasa best sangat sebab atmosfera yang wujud adalah atmosfera positif dan konstruktif. Perbincangan di antara ibu bapa dan guru menjadi begitu profesional dan matang. Ini adalah kerana ibu bapa dan guru-guru diaorang amat jelas dan sedar dengan tanggungjawab masing-masing untuk mendidik anak-anak dengan efektif sekali.

Bila sebut tentang mendidik, perkara yang benar-benar meninggalkan impact di hati RH ialah sistem pendidikan diaorang. RH bukanlah pandai sangat nak berdebat tentang bidang pendidikan atau nak komen mana-mana pihak, tetapi RH cuma nak berkongsi perasaan senang dan mudah RH bila melihat dan merenung kembali kekreatifan orang-orang di bidang pendidikan di Australia ni menjalankan amanah diaorang di dalam mendidik anak-anak di peringkat awal lagi.

Pada pandangan RH, pendidikan bukanlah terhad hanya kepada pendidikan matapelajaran sekolah sahaja. Pendidikan juga merangkumi pendidikan akhlak dan cara menghadapi kehidupan dari satu peringkat ke satu peringkat ke arah kematangan anak-anak.

Terdapat perbezaan antara mendidik dan mengajar pada pandangan RH. Mengajar adalah keadaaan di mana kita mengasah akal atau minda seseorang di dalam mempelajari, mengingati serta menghafal fakta-fakta dan maklumat-maklumat sesuatu subjek. Contohnya subjek pelajaran di sekolah atau di universiti.

Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.

Hmm...berfasalfah pula RH ni....tapi ini adalah hakikat yang RH nampak yang kita semua perlu sedar perbezaan dan kegunaan serta kepentingan antara mendidik dan mengajar. Tak guna juga kalau kita sekadar mengajar anak-anak kita atau anak-anak saudara kita tetapi tidak mendidik diaorang menjadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Dari pemerhatian RH yang tidaklah begitu arif tentang sistem pendidikan sebenarnya, itulah usaha dan tujuan yang cuba dilaksanakan oleh pendidik-pendidik di Australia ni. Kebanyakan daripada diaorang sangat komited, ikhlas dan bersungguh dengan kerja-kerja serta tanggungjawab diaorang. Itulah perkara yang amat jelas di mata RH bila hari ini RH berpeluang join meeting sekolah.

RH rasa, diaorang di Australia yang involve dalam merealisasikan sistem pendidikan yang menyeluruh, mempunyai harapan dan impian yang berlainan terhadap anak-anak sejak dari kecil lagi. Itulah sebabnya anak-anak diaorang atau anak-anak bangsa asing yang dibesarkan di luar negara, kebanyakannya cepat matang di dalam banyak perkara.

Anak-anak dididik untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berbuat baik terhadap semua orang. Di samping itu sistem pendidikan sekolah di Australia ini juga mendidik anak-anak untuk menjadi lebih independent serta mengasah bakat yang ada untuk menjadi manusia yang berani dan berkebolehan.

Contohnya, satu perkara yang sangat jelas berlaku adalah anak-anak saudara RH menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak ramai. Ini adalah disebabkan diaoarang telah dilatih di sekolah untuk berkongsi bercerita dan menyampaikan pengalaman diaorang dengan kawan-kawan diaorang melalui aktiviti story telling.

Guru-guru serta kawan-kawan diaorang begitu supportive sekali bila diaoarang bercerita di depan dan kawan-kawan diaorang diajar untuk tumpukan perhatian dan menunjukkan minat pada cerita tersebut dan tidak menjatuhkan semangat diaorang kalau diaorang buat salah. Sebaliknya diaorang dididik untuk belajar dari kesilapan sendiri bukan malu untuk buat silap. Nampak tak bagaimana anak-anak didik menjadi matang di peringkat sekolah lagi?

Inilah di antara pengisian yang terdapat di sekolah-sekolah di Australia ni. Tidak hanya tertumpu kepada matapelajaran yang hendak diajar tetapi juga memberi penekanan kepada nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Perkara lain yang RH perasan lagi ialah anak-anak saudara RH begitu enjoy dan tertunggu-tunggu untuk hari dan waktu nak ke sekolah. RH cuba cari sebab-musababnya dan jawapan yang RH terjumpa ialah aktiviti-aktiviti sekolah diaorang yang tidak hanya tertumpu di kelas sahaja, malah diaorang dibawa keluar oleh guru-guru untuk bermain dan mengenal benda atau perkara yang luar daripada sekolah. Di antara tempat-tempat yang sering dikunjungi ialah di universiti-universiti yang berhampiran, tempat-tempat tarikan pelancong dan juga aktiviti-aktiviti camping dan sebagainya.

Itulah di antara sebab-sebab yang membuatkan anak-anak kita mahu terus bersekolah di Australia dan tinggal di Australia. Diaorang tak rasa bosan dengan hanya belajar untuk menduduki peperiksaan. Ini juga dapat menghapuskan sikap untuk sentiasa bersaing untuk jadi yang terbaik. Sebaliknya diaorang belajar untuk sama-sama support diri masing-masing untuk jadi yang terbaik. Pendek kata, diaorang dididik untuk bekerja di dalam kumpulan atau lebih dikenali sebagai teamwork.

Hah! kecik-kecik lagi dah diajar teamwork. RH masih ingat bila RH mula kenal apa itu teamwork dan belajar tentang teamwork. Bukan di universiti atau di tempat kerja tetapi dengan inisiatif sendiri serta kesedaran sendiri untuk ambil kursus berkenaan teamwork. Tapi mungkin sekarang ni dah mula di ajar di peringkat universiti kot....hopefully!

Itulah yang RH dapat berkongsi sekali ni tentang kehidupan yang diamalkan di Australia ni yang ada baiknya dan ada buruknya. Semua itu bergantung kepada kehendak hati kita sendiri sama ada mahu mengejar yang baik atau nak tiru yang buruk. Yang penting di sini, RH sedar orang-orang putih di sini lebih mengamalkan ciri-ciri Islamic cuma diaorang bukan penganut agama Islam sahaja. Jadi, marilah kita semua yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam, mula ambil langkah untuk jadi lebih Islamic.

Anak-anak adalah satu amanah oleh Allah SWT untuk kita memupuk dan mendidik mereka menjadi generasi yang berguna dan bermakna untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai ibu bapa, sedarlah dan pilihlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Dan kepada yang bujang, ingat.....jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan untuk kita membentuk anak-anak yang bakal dikurniakan di masa akan datang.

So....pada pendapat kawan-kawan yang manakah lebih penting dan utama, DIDIK vs AJAR? Bagaimanakah anda semua mendefinisikan kedua-kedua perkataan itu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda?