31.1.09

White Man vs Malay Man? Yang Mana Lebih Understanding?


Sebelum RH meneruskan sebarang idea atau pendapat atau pandangan, RH nak minta maaf banyak-banyak terlebih dulu kalau ada yang terasa dan yang tersinggung. RH pilih topik ni berdasarkan perbualan RH dengan seorang teman baru-baru ini melalui telefon.

Dah lama jugal RH tak hubungi teman RH tu, tiba-tiba saja terlintas nak call dia sebab..RH terpaksa mengaku RH kebuntuan idea untuk post minggu ini lalu RH teringat teman RH tu yang hidupnya sangat kontroversi. Saja je nak cucuk sarang tebuan! Jangan marah ha...

Sebagai pendahuluan, biar RH cerita serba-sedikit siapa teman RH tu. Teman RH ni seorang wanita, seorang yang terkenal, dan seorang yang very easy-going dan dia amat susah untuk take things seriously. Terutama yang berkenaan dengan perhubungan. Dia pernah cuba serius, tapi gagal. Dia kata bila dia tak serius sangat, perhubungan tu jadi panjang dan kekal. Senangkan teori hidup teman RH tu? RH pernah tegur dia tentang berdosa di sisi agama kita, agama Islam, tapi RH tak dapat sebarang response dari teman RH bila sentuh soal agama. Moga-moga dia berfikir dan akan laksanakan bab agama bila sampai masanya nanti. Okaylah, sebenarnya bukan itu isu RH kali ini. Isu yang RH ambil daripada perbualan dengan teman RH ialah isu lelaki mat saleh dengan lelaki melayu.

Tegas teman RH, lelaki mat saleh ni lebih understanding and gentleman. Menurut sudut pandangan beliau dan pengalaman beliau (abaikan pengalaman pahit beliau), bila berkawan dan berkasih dengan lelaki melayu selalunya timbul soal atau masalah tak gentleman. Lelaki melayu hanya akan gentleman di saat permulaan perhubungan, setelah beberapa lama, diaorang akan abaikan wanita yang pernah diaorang agung-agungkan.

Itu pandangan teman RH....katanya lagi dia mengambil analogi begini:

Dialog di saat awal perhubungan di dalam situasi si wanita terlanggar batu dan terjatuh: "Cis! tak guna punya batu, duduk tengah-tengah jalan macam ni!"

Dialog di saat perhubungan dah dekat nak basi atau sudah basi! : "Apa ni? You butakah? Jalan tu baik-baik la sikit, tengoklah depan...."

Bunyi macam familiar tak? Kalau ada yang pernah mengalamai situasi yang seakan-akan di atas, RH berasa amat simpati.

Okay, berbalik pada jejaka mat saleh ni, 'romantika' diaorang lebih berpanjangan. Ini mungkin sebab budaya diaorang yang tak segan-silu menunjukkan kasih sayang diaorang pada isteri masing-masing. Diaorang juga dikatakan lebih understanding. Pendek kata, tak cemburu buta dan tak terlalu tegakkan hak diaorang sebagai suami. Bila terlalu meminta-minta itulah yang akan menyebabkan si isteri atau gilfriend menjadi semakin tak larat nak melayan!

Dan satu lagi, pada pandangan RH sendiri pula...daripada pemerhatian RH sepanjang bersahabat dengan lelaki-lelaki mat saleh, diaorang tak terlalu 'show off' kelelakian diaorang. Sebab diaorang dah sememangnya lelaki sejati. Satu lagi, diaorang ni banyaknya ikhlas di dalam sesebuah perhubungan. Tiada soal menjaga hati tapi, manis di depan sahaja tapi tak ikhlas di belakang pasangan. Diaorang akan cakap terus-terang kalau ada yang tak kena dalam perhubungan.

Nampaknya, itulah yang RH boleh beri pandangan dan dapat berkongsi cerita dengan sesiapa yang membaca blog post kali ini mengenai white man vs malay man.

28.1.09

Cinta, Seks & Perhubungan Yang Kekal




Hari ini RH nak sambung bercerita tentang 'relationship' lagi...Bukan apa, sebab baru-baru ini RH singgah sekejap di pejabat kakak RH dan berpeluang bersembang-sembang dengan salah seorang kawan punjabi yang kebetulan lalu di hadapan pejabat kakak RH. Kawan punjabi tu terkeluar cerita tentang wanita melayu selalunya (berdasarkan pendapat beliau) semakin kurang berminat di dalam perhubungan seks setelah menjalani hidup berkahwin selama beberapa tahun. Itu, RH serah kalah untuk terus berdebat sebab RH kurang pasti sejauh mana kebenarannya. Katanya lagi itulah yang akan menyebabkan wanita melayu, khasnya, dan wanita-wanita umumnya akan nampak lebih tua daripada umur diaorang sebab kurang aktif dalam aktiviti seks.

Kalau dari segi umumnya, RH berani mengaku bahawa pendapat itu benar. RH ada terbaca di dalam sebuah buku yang mengatakan hubungan seks inilah yang akan membuatkan semua organ dan sel badan serta perjalanan darah menjadi 90 peratus lebih baik dan aktiviti jugak adalah salah satu sumber awet muda!

Menarikkan? Di samping dapat berseronok dan menikmati aktiviti tersebut secara halal dengan suami atau isteri...dapat pula 'ubat' untuk kekal muda. RH harap, kawan-kawan yang telah berumah tangga, janganlah sia-siakan kelebihan kenikmatan yang Allah kurniakan. Tambahan pula, kepada yang memang sudah mengetahui tentang kenyataan ini, teruskanlah bermesra-mesra dan bermanja-manja dengan pasangan masing-masing. Kebaikan yang anda akan perolehi bukan sahaja untuk anda dan pasangan tetapi juga untuk bakal anak atau anak-anak yang sedia ada. Anak-anak akan turut gembira sebab diaorang boleh rasa 'chemistry' emak bapa diaorang.

Kalau di sini pula, RH tengok pasangan suami isteri tidak segan-segan bermesra dan masih beromantik dengan tahap maksimumnya walaupun berada di depan anak-anak. Tambahan pula, budaya diaorang sememangnya sudah begitu.

Bercakap tentang budaya orang putih ni, RH tersenyum sendiri bila terkenangkan waktu sedang memandu ke salah sebuah market di Sydney ni tiba-tiba RH terpandang sebuah iklan di 'billboard' yang besar yang berbunyi begini " You want to stay longer?". Mula-mula RH ingatkan to stay alive ke atau stay young..bla..bla...bla...rupa-rupanya stay longer in making love!



Selepas beberapa hari lihat iklan sedemikian di billboard yang besar tu, RH terperasan pula iklan yang sama juga wujud di kaca tv di sini. Sambil tersengeh seorang diri, RH terfikir orang putih ni really 'all out' di dalam mengusahakan sesuatu, terutama di dalam hal-hal kekeluargaan dan keibubapaan. Diaorang tak segan-segan untuk berbincang atau berjumpa konsultan sekiranya diaorang mempunyai masalah di dalam hubungan suami isteri dan sebagainya. Mungkin disebabkan itulah kes perceraian tidak menjadi kes hebat di negara diaorang berbanding di negara kita, Malaysia. Kalau tak salah RH kes cerai-berai ni dah jadi macam cendawan tumbuh di sana! Tak larat pejabat-pejabat agama berhadapan dengan kes-kes sedemikian dari sehari ke sehari ye...

Itulah idea yang terlintas oleh RH untuk dikongsi bersama sekali ini berkenaan relationship. Diharap perbincangan kali ini dapat bagi informasi supaya kawan-kawan refresh semula perhubungan dengan cara-cara yang lebih kreatif dan menarik untuk masa depan hubungan kasih sayanag yang kekal sehingga akhir hayat. Itu sahaja harapan RH kali ini sepanjang melontar idea-idea untuk dikongsi bersama di dalam blog ini.

14.1.09

"Malu" Nak Romantik Di Khalayak Ramai? Tips Dan Cara-Cara Nak Indahkan Semula Perhubungan







Semalam RH pergi melawat seorang sahabat yang baru lepas pembedahan di Prince of Wales Private Hospital, Sydney. RH doakan semoga sahabat RH tu cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Yang seronoknya, RH dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain iaitu all the dearie sisters yang juga datang melawat sahabat RH pada hari dan waktu yang sama.

Kakak-kakak angkat RH tu semua adalah kakak-kakak yang paling 'sporting' yang RH pernah jumpa. Diaorang semua aktif dalam facebook...pendek kata selalu 'online' kat internet juga la...tambah-tambah yang jadi surirumahtangga sepenuh masa...

Bila bersembang-sembang dan cerita-cerita tentang kehidupan masing-masing...kakak-kakak RH tu sempat bertanya tentang perkembangan blog-blog RH, terutama blog yang ini. Pada masa yang sama, RH pun baru tersedar yang kakak-kakak RH tu semua tak ada seorang pun yang tinggal sebarang komen atau pendapat di blog RH ni sejak hari pertama RH mulakan blog ni. Bila RH risik-risik dengan diaorang...baru terkeluar cerita yang diaorang tak tahu nak komen apa sebab topik-topik di blog ni macam tak ada kena-mengena sangat dengan diaorang. Selepas bercakap-cakap...kakak-kakak RH tu sempat berikan cadangan supaya RH ceritakan sesuatu yang ada kaitan dengan kehidupan diaorang. Oleh yang demikian topik kali ini, RH nak sentuh soal hubungan atau ikatan kasih sayang di dalam sesebuah perhubungan, terutama hubungan suami isteri.

RH sering juga berjalan-jalan seorang di taman-taman dan di pusat membeli-belah di Sydney ni. Bukan apa, sekadar nak tengok gelagat orang-orang putih kat sini untuk dijadikan bahan tulisan RH. Di antara perkara yang RH paling suka di negara orang putih ni ialah cara 'keromantikan' kebanyakan pasangan-pasangan suami-isteri atau pasangan kekasih diaorang.

Orang putih ni suka berciuman dan berpelukan di mana-mana sahaja diaorang suka. Bukan cium yang penuh nafsu tu...tapi ciuman yang penuh dengan kasih-sayang. Diaorang cium dan peluk pasangan masing-masing bila diaorang rasa macam nak peluk dan cium. Ada yang buat sambil naik 'escalator'..sambil beratur sama-sama nak beli bayar barang kat kaunter...Diaorang tak tahan-tahan atau pendam atau halang perasaan dengan keegoan.

Diaorang amalkan sikap menghormati pasangan masing-masing dan saling menghargai. Memang la tak dinafikan budaya dan agama diaorang berbeza dengan budaya dan agama orang kita. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan-pasangan kita tidak boleh romantik dan tidak mesra sepanjang masa. Takkan kot, romantik atau mesra tu hanya terjadi bila kita di ranjang bersama pasangan kita?

Maksud RH, cuba-cubalah cari masa dan tempat yang sesuai untuk bermesra dengan isteri atau suami walaupun sekejap setiap hari. Pelukan dan ciuman adalah di antara perkara yang mudah untuk dilakukan untuk 'rasa' sayang dan disayangi sepanjang masa. Tak semestinya ciuman yang dari mulut ke mulut sahaja...ciuman di dahi atau di tangan. Kalau berjalan-jalan tu, ambil peluang untuk pegang tangan...jangan pula bagi alasan macam-macam kalau pasangan masing-masing ingin berbuat demikian...Di atas penulisan ni ada RH sertakan gambar-gambar contoh untuk kita bermesra dengan pasangan kita. Cuba-cubalah renungkan dan fikirkan apa yang RH akan terus tulis....

RH tahu pada sesetengah pasangan ada perasaan malu, tapi malu pun bukanlah alasan yang kukuh untuk kita tidak boleh bermesra dan bermanja. Inilah yang dikatakan menyekat, menghalang atau memendam sahaja perasaan sehinggalah ia menjadi 'habit' dan kebiasaan orang-orang kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh menafikan bahawa kita ingin disayangi, dibelai dan dimanja selalu...Penafian perasaan akan membuatkan hati kita menjadi keras macam batu. Bila hati keras kita tidak membuka jalan untuk pihak pasangan kita mengambil inisiatif untuk memulakan sesuatu yang romantik. Perkara sedemikian akan menyebabkan lama-kelamaan sudah tidak menjadi satu amalan dan budaya di dalam hidup berkasih-sayang di kalangan pasangan orang-orang melayu kita.

Oleh itu, RH menyeru kepada pasangan-pasangan di luar sana...baik lelaki atau perempuan...jangan biar amalan dan budaya yang salah mengharamkan perkara yang halal dan yang dituntut oleh agama dilaksanakan. Kelak, rosak rumahtangga dan binasalah agama dan bangsa.

Buat sesiapa yang tertanya-tanya atau masih tidak ada idea macam mana nak jadi romantik, di sini RH cadangkan beberapa perkara untuk kita ambil langkah-langkah ke arah lebih mesra di dalam perhubungan:
  • 1) Duduk bersendirian dan bersandar serta kosongkan fikiran..cuba kenangkan semula perasaan pertama dan istimewa yang kita alami semasa di alam awal percintaan dengan pasangan hidup kita yang sekarang ni. Jangan pula terkenangkan 'ex-boyfriend' atau 'ex-girlfriend' yang lama-lama...jangan cuba cari masalah! Cuba wujudkan perasaan yang sama sekarang juga, terutama sekiranya sekarang berada dengan pasangan kita. Okay, now...buat apa nak buat...nak peluk ke, nak cium ke...nak pegang tangan ke...atau nak senyum sambil renungkan atau ke...sampai pasangan kita rasa pelik dan kurang selesa. Ops, kalau pasangan anda jadi marah, jangan salahkan RH...mungkin cara anda senyum tak betul kot....instead of senyum sayang...anda senyum kambing...apa tak kena marah. Buat yang tak berada dengan pasangan anda sekarang, bila dah wujudkan perasaan sayang...teruslah anda telefon isteri atau suami tercinta...kalau diaorang terus jawab...bercakaplah dengan nada yang lembut dan tunjukkanlah perasaan anda dengan memberitahu anda rindu padanya atau kalau malu nak mula...cakaplah rindu pada apa yang pasangan kita pernah buat pada kita yang kita suka. Itu tandanya menghargai segala kasihsayang pasangan kita. Tetapi pada yang tak berjaya cakap terus dengan pasangan, tak angkat telefonlah contohnya...lagi senang kot...tinggal saja sesuatu pesanan yang romantik di 'voice message' telefon tu. Dan kalau semuanya tak berjaya...yang paling mudah ambil sekeping kertas dan pen, tulislah sesuatu yang romantik dan simple dan serahkan pada pasangan kita mengikut kekreatifan masing-masing. RH dah penat otak nak fikirkan cara-cara dan method untuk point di atas untuk dikongsi di sini...
  • 2) Cara seterusnya...carilah masa untuk anda dan pasangan anda berdua-duaan. Tak payah nak bawa anak-anak atau ajak kawan-kawan teman. Kadang-kadang bila berpeluang berada berdua-duaan sahajalah yang akan memudahkan perasaan kasih-sayang kita pasangan masing-masing. Buat yang ada anak-anak kecil...jangan jadikan alasan....jadikan satu kemestian juga sekali-sekala cari orang untuk tolong 'babysit' anak-anak...hanya untuk beberapa jam...Tak payahlah kita nak buat sesuatu dengan 'drastic' pula, jadikan kebiasaan dulu untuk keluar berdua-duaan pergi membeli-belah barang-barang rumah dan lain-lain. Janji kita laksanakan teknik secara 'natural' supaya pasangan kita tak terus hairan dan mungkin terfikir kita ni dah buang tabiat atau sebagainya!
  • 3) Buat 'surprise' sekali-sekala. Ingat jangan buat surprise yang betul-betul 'negative surprise' sampai memudaratkan, contohnya perkara-perkara yang tidak digemari dan tidak disukai oleh pasangan kita. Yang ini RH serahkan pada anda...sebab anda sahaja yang tahu apa yang boleh buat pasangan hidup anda gembira...contoh surprise yang positif ialah beli hadiah yang kecil-kecil yang simple tapi menarik. Bukan apa, sekadar nak tunjuk rasa hati kita ketika itu. Kalau ada pasangan yang masih tidak tahu menghargai yang kuat complaint contohnya, kita biarkan sahaja, sebaliknya teruslah mengkaji apa yang boleh buat pasangan kita tersentuh hati dengan penghargaan kita. Jangan putus asa sama sekali! Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.
  • 4) Cuba latihkan diri dan perasaan anda untuk memandang perkara-perkara yang baik tentang pasangan anda atau kekuatan pasangan anda yang juga pertama kali dulu membuat anda jatuh cinta dan ingin jadikan diaorang menjadi pasangan hidup anda. Mesti adakan? Sekurang-kurangnya carilah 3-5 perkara baik pasangan anda. Setelah berjaya, cubalah pula anda wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang special itu. Itulah caranya yang akan membuat anda sentiasa saling menghargai. Kadang-kadang bila bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau saudara-mara, cubalah selitkan puji-pujian buat pasangan anda, atau kalau ada yang memuji pasangan anda, anda haruslah menyokong dan mengaku kebenaran sangkaan diaorang. Ini akan membuatkan anda lebih sayang pasangan anda dan membuatkan orang luar pandang tinggi dengan perhubungan anda.
  • 5) Ini tips yang terakhir kot...selalunya waktu tidur dan bangun pagilah yang paling bermakna di dalam hidup masing-masing. Apatah lagi pada yang sudah berumahtangga. Akhiri hari anda dengan cium dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum-sebelum ini atau pada hari tersebut. Dan mulai lah hari berumahtangga anda dengan kata-kata yang menunjukkan anda sayang dan menghargai pasangan anda. Ini yang selalu kita terlepas pandang atau orang putih cakap 'take for granted'. Cuba anda amalkan sekali, anda pasti akan rasa bahagia dan lega dan dapat menghadapi hidup dengan lebih kuat.

Fuh! Kali ini RH rasa macam dah jadi "marriage consultant" pula. Panjang betul berceloteh...Buat sesiapa yang baca post kali ini, RH menulis dengan tinjauan serta permerhatian kehidupan kebanyakan orang-orang putih, baik realiti di Sydney ni mahupun melalui cerita-cerita filem yang RH tengok sebelum-sebelum ni. Dah lama dah sebenarnya RH nak berkongsi topik ni, tapi kurang idea...sampailah kakak-kakak RH yang di atas tu ingatkan RH.

Memang RH akui, bukan senang nak praktikkan, tetapi semuanya bermula dengan 'bersusah-susah dahulu' dan setiap perkara yang baik yang kita inginkan, hati yang bulat dan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan dibantu oleh Allah SWT untuk kita berjaya akhirnya. RH rasa perhubungan baik suami isteri bukan sahaja untuk pasangan-pasangan tersebut, tetapi juga untuk pembesaran anak-anak anda. RH percaya anak-anak boleh rasakan kebahagiaan yang wujud di antara ibubapa yang akan juga membuatkan akhlak diaorang terbentuk dengan baik.

RH harap, sesiapa yang baca post kali ini dapat sumbangkan idea-idea dan tips yang lain untuk kita berkongsi dengan kawan-kawan di sini. Jadikan blog ini untuk arena kita berbincang segala perkara yang baik dan boleh dijadikan contoh. Selamat mencuba tips-tips di atas dan selamat berbahagia!

Nenek & Atuk Blues Dan Kehidupan


Selepas kepenatan mengalami peristiwa menyedihkan semalam, RH terasa nak hiburkan hati dan melayan hati dengan baik. Kebetulan pula, hari ni RH ada kawan nak ajak teman jalan-jalan. Jalan-jalan di shopping centre pasti habis duit pula, kemudian RH teringat nak ajak kawan RH tu untuk menonton wayang kat panggung HOYTS (salah satu panggung wayang terkenal kat Australia ni). So, kitaorang pun terjah masuk saja tanpa browse 'now showing movie. Dan movie yang available pagi-pagi hari ni banyaknya movie untuk budak-budak(untuk adult pun boleh juga). Ada satu movie yang amat menarik untuk tontonan orang dewasa dan memang RH tertunggu nak tengok, "Seven Pounds" lakonan hero pujaan RH iaitu Mr Will Smith. Cerita tu memang sangat-sangat menyayat hati...tapi hari ni RH tak mau cerita pasal movie...walaupun best...sebab yang RH lebih teruja adalah pengalaman sepanjang berbaris nak beli tiket.

Waktu tunggu nak beli tiket (punya la panjang queue...maklumlah musim cuti sekolah kat sini)...RH mula perasan, boleh dikatakan 80 peratus orang ramai yang beratur sama-sama kitaorang adalah senior citizen. Senior citizen ni taraf nenek-nenek dan atuk-atuk kita yang dah tak larat nak berjalan-jalan apatah lagi merayau-rayau kat shopping-shopping centre atau dalam panggung wayang.

RH rasa begitu bangga dan seronok tengok semangat senior citizen di sini. Diaorang tidak hanya menyerah kepada keadaan tua diaorang. Sebaliknya diaorang suka nak jadi independent...pergi shopping barang-barang rumah sendiri, pergi minum-minum kopi dengan kawan-kawan, dan berjalan sambil berhibur dan bersenam sendiri tanpa bantuan anak-anak diaorang. Yang hari ni, RH perasan, setiap daripada senior citizen yang beratur, masing-masing bawa cucu-cucu diaorang...belanja tengok wayang...diaorang betul-betul cute! Dengan pakaian yang 'rugged', presentable dan kacamata hitam, 'summer hat' yang berbagai-bagai fesyen...pandai betul diaorang buat hidup menjadi masih menarik dan cantik dan ini membuat anak cucu pun respect dan anggap nenek-nenek dan atuk-atuk tu macam kawan-kawan sebaya diaorang.

Sebenarnya, bila difikirkan...masa tualah masa yang patut kita nikmati kehidupan di dunia ni (sambil tak lupa akhirat). Dan masa tua juga kita patut melakukan perkara-perkara yang lebih bermakna untuk hidup kita setelah kita lalui pengalaman-pengalaman pahit dan manis agar kita tunjuk rasa syukur ke hadrat Ilahi ke atas nikmat-nikmat yang telah diberikan. Bukan hanya dengan menyerah kepada keadaan yang membuatkan kita lebih sakit dan tak mampu dan terpaksa bergantung kepada anak-anak...itulah yang wujudnya pengabaian anak-anak terhadap orang tua diaorang. Ye la kan, diaorang pun ada keluarga sendiri dengan anak-isteri atau suami, kerja seharian...pasti terlepas pandang tanggungjawab untuk ibu bapa pula.

Di Australia ni, jarang terdapat rumah-rumah kebajikan untuk senior citizen, sebaliknya kerajaan bagi subsidi dan buat kebajikan dengan menggalakkan senior citizen diaorang hidup sendiri. Pendek kata, kebanyakan senior citizen ni semua menghabiskan hidup diaorang di rumah masing-masing bukan di rumah kebajikan. Diaorang boleh bangga dan 'self-esteem' lebih tinggi sebab ada kehidupan sendiri daripada bergantung dengan anak-anak. Namun, hubungan kasih sayang diaorang lebih kuat dengan anak-anak sebab sesekali berjumpa dan bermesra. Macam mana, kawan-kawan dah ada plan untuk hari tua? RH harap tulisan kali ini dapat beri idea untuk kawan-kawanfikir dan plankan masa tua masing-masing. Adios!

13.1.09

Idea Untuk Blogging Datang Mencurah-Curah!

RH mula kenal apa itu blog sejak tahun lepas, tahun 2008, dan mula berjinak-jinak untuk blogging ni bila RH menziarah seorang sahabat Australian yang terlantar sakit di hospital di sini tetapi masih bersemangat untuk meneruskan hidup disebabkan sudah "get addicted" dengan blogging. Sejak daripada hari tu, RH cuba "google" bagaimana hendak menghasilkan sebuah blog di internet dan kenapa ada sesetengah orang yang tak boleh duduk senyap, asyik-asyik hendak duduk di depan komputer untuk blogging.

Setelah RH dapat jawapannya, iaitu "kebebasan bercerita dan menulis apa saja" selagi tidak melanggar undang-undang di internet, itulah sebabnya komputer dan internet sekarang boleh menjadi kawan yang paling rapat daripada kawan-kawan rapat yang lain.
Setelah itu juga, setiap pagi selepas bangun tidur, RH terus duduk di depan komputer untuk menulis di blog atau RH akan bawa laptop berjalan-jalan di taman-taman di Sydney ni atau singgah di kedai-kedai kopi...minum 'latte' sambil update blog atau belajar bagaimana hendak jadi professional dalam blogging. Ini di tambah pula dengan keadaan dan tempat-tempat menarik serta perangai orang-orang di sini yang betul-betul memberi idea untuk RH terus-menerus menulis di blog.

Di sini juga, RH mengalu-alukan kawan-kawan supaya jangan duduk di depan komputer untuk 'facebook', 'friendster' atau 'myspace' saja...itu semua sangat bagus dan ada sesetengah kawan-kawan, RH tengok memang dah betu-betul banyak contacts dan networking dengan hanya ber'facebook'....Oleh yang demikian, langkah seterusnya, belajar-belajar lah menghasilkan blog dan jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain untuk bersembang-sembang atau berkongsi pendapat yang lebih panjang lebar di blog masing-masing.

10.1.09

Nak Panggil Nama Atau 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs.' 'Uncle' Atau 'Auntie'?



Oh ya, bila sentuh persoalan seperti di atas...saya baru perasan, saya rasa seperti ada tembok batu yang besar (big gap) menghalang kemesraan kita bila bahasakan diri dengan 'saya'. Oleh yang demikian, mulai hari ini dengan rasminya saya bahasakan diri saya di sini dengan nama saya, Redish Heart atau singkatannya 'RH' saja. Okay kan?

Berbalik kepada panggilan nama..di kalangan orang-orang putih Australia ni, panggilan seperti 'uncle'..'auntie'...'sister'..'brother' jarang digunakan. Diaorang akan guna nama sahaja tanpa kenal umur atau pangkat untuk panggil seseorang. Apatah lagi bila diaorang dah kenal rapat atau kenal baik. Waktu kali pertama berada di tengah-tengah komuniti diaorang, terkena kejutan budaya juga bila anak saudara sahabat RH yang berumur 5 tahun bercakap-cakap dengan neneknya dengan memanggil nama..'Jenny' sahaja. Bila bersembang-sembang bertanyakan pendapat sana sini, baru RH perasan, bila orang putih semua ni panggil nama sahaja bermaksud diaorang rapat dan lebih mesra sesama sendiri. Diaorang akan guna gelaran 'Mr.' 'Ms.' 'Mrs' atau 'Sir' dan lain-lain, bila belum kenal atau pertama kali kenal atau dalam keadaan begitu formal sama ada di pejabat atau untuk tujuan bisnes.

Bagi panggilan 'sister' atau brother' pula di sini sering digunakan oleh orang-orang muslim selain daripada orang-orang melayu kita iaitu orang-orang 'Middle East' yang semakin ramai komunitinya di Australia ni. 'Auntie' atau 'uncle' pula akan hanya digunakan oleh orang-orang putih ni pada emak saudara atau bapa saudara betul. Kalau kita, orang melayu akan panggil sesiapa sahaja yang lebih tua (tua banyak) dengan panggilan makcik atau pakcik atau di zaman moden ni, 'auntie' atau 'uncle'.

Pada pendapat RH, 'sense of respect', kemesraan dan kasih sayang bukanlah hanya pada panggilan tapi bergantung kepada 'response' atau reaksi kita bila berurusan dengan seseorang. Memang tidak dinafikan budaya orang melayu kita sejak azali memang mementingkan cara panggilan tetapi RH amat berharap kita sertakan dengan sikap yang baik dan hati yang ikhlas, barulah lengkap budi bahasa kita yang boleh dibanggakan dan dijadikan contoh untuk bangsa asing.

7.1.09

Mat Salleh Tak Suka Lepak! Cuma Suka Minum Kopi...




Saya baru perasan, masalah "lepak" tak wujud di negara orang putih ni. Mungkin sebab diaorang tak pernah kenal perkatan"lepak" kot! :-) Hmm... mungkin jugak...tapi mengikut tinjauan saya sepanjang berada di Australia ni, di mana-mana pun, di jalan-jalan, di lorong-lorong, di komplek beli-belah...takde pun sorang yang duduk melepak atau duduk termenung atau buat lawak bodoh.

Saya terfikir juga sebab-sebab kenapa tak timbul persoalan "lepak" ni. Yang saya tahu kerajaan Australia ni ambil berat tentang masyarakat di sini dan perkembangan minda diaorang. Kerajaan Australia juga main peranan penting, since diaorang dah ada "power" in making the rules...dia buat undang-undang dan peraturan bagi membenteras masalah sosial di negara diaorang. Tapi yang bagusnya, rakyat tak dibeban dengan semua tu, sebab dalam masa yang sama kerajaan guna psikologi untuk membuatkan rakyat ikut peraturan dengan mudah dan ikhlas daripada hati sendiri. Contohnya, semua kedai dan pejabat (termasuklah komplek beli-belah) hanya dibenarkan beroperasi sahingga jam 5 petang, cuma hari Khamis ader "late night shopping". Bagus kan? Bukan sahaja masalah sosial kurang...duit pun tak mengalir keluar tanpa haluan...dengan cara itu jugak kerajaan diaorang ajar rakyat plan untuk kewangan masing-masing. Bunyi macam'berenang sambil minum air'...bukan 'berenang sampai lemas'! Inilah di antara budaya di sini sejak turun-temurun.

Ada sesetengah orang luar yang datang ke sini(termasuklah orang-orang Malaysia) berpendapat budaya di atas amatlah membosankan. Ye la, kalau nak dibandingkan dengan Malaysia...kat Kuala Lumpur tu...restoran mamak sampai jam 4 pagi pun ramai lagi...Kalau difikirkan semula atau kalau rajin cuba buat brainstorming atau senaraikan kebaikan dan keburukan jangka masa panjang....mesti senarai berat sebelah! Hanya kebaikan sebelah tuan punya restoran....

Buat pengetahuan semua, sesiapa yang tak perasan kebaikan budaya yang diamalkan oleh orang-orang putih seluruh dunia, umumnya, dan di Australia khasnya, diaorang ni masih luangkan masa untuk bersembang-sembang untuk bina persahabatan...iaitu dengan minum-minum kopi di luar. Di Australia ini terutamanya, orang-orang putih suka minum kopi dan duduk berehat di kedai-kedai kopi kecil di tepi-tepi jalan....sambil menikmati kopi dan cuaca dan baca-baca buku. Diaorang betul-betul menikmati semua tu terutama bila musim panas. Pada diaorang, itu semua dapat menghilangkan bosan dan dapat manfaatkan hidup.

Saya pun dah mula berjinak-jinak dengan budaya minum kopi ni, walaupun sebelum ni tak boleh langsung minum kopi sebab 'migrain'...tapi kopi yang 'light' semestinya...'latte'. Setelah mencuba beberapa kali, memang betul...banyak faedahnya...terutama untuk saya menjana idea untuk blog-blog saya.

Cadangan: Cuba-cubalah mengamalkan budaya sedemikian di tempat sendiri....kalau dah pernah cuba...kongsilah pengalaman di ruang komen di bawah....

SELAMAT TAHUN BARU 2009! SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA VISITORS!



Alhamdullilah....setelah dipanjangkan umur...kita semua dapat menyambut tahun baru, tahun 2009 dengan selamat. Semoga di tahun yang baru ini, kawan-kawan semua akan lebih berjaya dan masa depan akan lebih cerah, amin....

Sempena tahun baru jugak, alhamdullilah saya berjaya mulakan blog ini setelah sekian lama terpendam sebagai hasrat di hati. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perkenalan pada kawan-kawan baru dan pada kawan-kawan lama yang visit blog ni, terima kasih kerana bagi support dan semangat.

Buat pengetahuan kawan-kawan, idea untuk blog ini ter'pop-up' kat minda saya selama saya menetap di negara orang iaitu Sydney, Australia. Saya dapat lihat banyak jalan cerita hidup setiap insan di sini yang boleh dijadikan teladan dan sempadan untuk kita semua. Itu saja niat di hati...setakat ni...maklum la...nak buat pahala bukan dengan bersedekah duit saja....sedekah maklumat dan ilmu pun besar ganjarannya! Oleh yang demikian, dialu-alukan semua kekawan selalu-selalu lah melawat blog ini untuk baca cerita baru dan pendapat-pendapat baru tentang apa saja yang berkenaan dengan hidup! Have a nice day to all!