27.2.09

Kerana Gaya Atau Kesihatan?

Sekejap je RH rasa dah nak masuk bulan March untuk tahun 2009 ni. Pejam-celik, pejam-celik...musim berubah musim...hari berganti hari....dah nak habis 2009.

Bila bercakap tentang musim, ini adalah satu kelebihan bila berada di luar negara seperti Australia ni, dapat menikmati musim-musim yang berlainan. Sekarang ni, Australia sedang mengalami musim summer.

Australia ni lain sikit, kalau pagi summer, tengahari boleh jadi autumn dan petang boleh jadi winter! Very unpredictable! Kuasa Allah...! Orang-orang kat sini dah boleh terima keadaan macam tu dan mentally prepared habis!

Petang tadi RH berpeluang bersembang-sembang dengan kakak RH yang semakin sibuk sejak kebelakangan ni dengan kemasukan student baru ke universiti-universiti di Australia ni. So, kakak RH dipertanggungjawabkan untuk pergi melawat dari satu tempat ke satu tempat, dari Melbourne ke Adelaide, lepas tu ke Brisbane dan Tasmania dan sebagainya.

Banyaklah perlu berjalan, tapi kata orang, "jauh berjalan, banyak pengalaman". Bagi kakak RH, di antara pengalaman yang menarik yang dilaluinya ialah melihat kerenah penduduk-penduduk Australia ni. Menarik! Terutamanya dari segi fesyen. Dan fesyen yang paling significant sekali dalam menghadapi musim-musim yang tak menentu di Australia ni ialah fesyen ber"sunglasses".

Bila kakak RH sebut tentang sunglasses, baru RH perasan orang-orang kat sini sangat bergaya sambil menjaga mata dengan memakai sunglasses yang berbagai-bagai fesyen. Yang bestnyer, jenis sunglasses yang dipakai oleh perempuan juga dipakai oleh lelaki dan vice versa.

Pendek kata, diaorang tak pakai sunglasses semata-mata kerana gaya! Disebabkan itulah kita dapat lihat rata-rata orang-orang di Australia ni akan pakai sunglasses walau di mana diaorang berada.

Oleh yang demikian, kita boleh dapati sunglasses dijual di mana-mana kedai dengan berbagai-bagai peringkat harga. Branded dan tak branded juga sudah tidak menjadi soal kerana fesyen dan style yang dijual di sini adalah lebih kurang sahaja. Orang-orang kat sini pun tak terlalu hiraukan siapa yang mampu beli yang mahal atau siapa yang tidak mampu. Dengan itu, terhapuslah perasaan riak sesama manusia.....

RH pun dah dapat sunglasses sendiri. Kakak RH hadiahkan semasa menyambut birthday RH tahun lepas. Tapi sayangnya RH kena tukar glasses tu dulu sebab RH ni rabun jauh! Tapi, kadang-kadang tu sebab tak tahan panas yang menyilau ke mata, RH hentam pakai juga walaupun agak kabur! :-)

Itulah serba-sikit cerita tentang fesyen kat Australia ni...fesyen sunglasses. Sebenarnya, di negara kita pun boleh diamalkan perkara yang sama, sebab RH dengar musim panas semakin menjadi-jadi. Bukan apa, untuk melindungi dan menjaga mata. Janganlah beli sunglasses tu semata-mata untuk gaya sahaja.

RH rasa kalau semua orang mempunyai niat di hati untuk menjaga kesihatan dulu lepas tu baru ingat fesyen, maka ia akan mewujudkan satu budaya yang baik yang boleh menghapuskan segala pandangan negatif di kalangan masyarakat kita. Tak akan adalah juga budaya nak menunjuk-nunjuk dan mengumpat dan sebagainya.

Rasa-rasa ada yang bersetuju dengan cadangan RH ni tak? Atau ada yang mempunyai pengalaman lain berkenaan fesyen sunglasses ni yang boleh dikongsi di sini? Jomlah sama-sama kita hapuskan sebuah kata-kata "Biar Papa, Asalkan Bergaya" atau satu lagi kata-kata yang RH belajar dari seorang kakak yang berasal dari Singapura, dia bilang kata-kata ni sememangnya orang Singapura sangat familiar, "Biar Mati 'Aksyen', Jangan Mati Accident".

8 comments:

  1. betul..kesihatan perlu dijaga..duit boleh dicari kalau sakit susah..

    ReplyDelete
  2. Hi Abrar,

    Betul tu...RH setuju sangat! Thanks

    ReplyDelete
  3. Sungalases mmg trend erk kat sana?
    hehe..
    kat malaysia org pakai sebb nak eksyen jer..
    hehe..
    kalo rabun jauh ade ker spek itam utk rabun jauh?
    huhu..teringin gak nak beli..
    hehe..

    ReplyDelete
  4. Australia area mana RH? sekarang tengah amik course dengan QUT(queensland), tapi belum merasa lagi nak pergi sana, huhu..

    BTW, spek mata hitam memang wajib pakai kalau tengah panas. Selain bergaya, mata tak berpinar, dan boleh sekodeng orang, hahaha.. =P

    ReplyDelete
  5. Hi Jaws,

    Bukan sahaja trend tapi juga untuk jaga kesihatan.

    Kat mana-mana pun memang ada buat sunglasses untuk yang rabun jauh...kena customade ler...

    ReplyDelete
  6. Hi Bat,

    RH kat Sydney. Bila nak dtg Queensland?

    Ha! Bab sekodeng tu menarik tuh!:-)

    ReplyDelete
  7. wah citer pasal australia ker?
    teringat aku mase dulu dulu. waktu tu
    mase kijer kelasi kapal hehehe~

    best.. memang best enviroment australia.
    mase tuh aku cume berkesempatan pergi
    ke Kakadu <-- betoi ke ejaan ni?
    aku suke national park kat kakadu.
    memang layan sey~

    ReplyDelete
  8. 2in1 funtion nih..better lg kalau sunglasses tuh ade spesel function utk jg mta..dr pancaran uva n uvb..if im not mistaken..hihi

    p/s:anyway miss RH, u telah d tag..pls ke blog yana k..peace..:)

    ReplyDelete