17.2.09

Antara Mendidik & Mengajar...Antara Erti Kehidupan & Lulus Peperiksaan

Salam semua! agak lama juga RH tak poskan cerita di blog ni ye.... RH minta maaf sangat-sangat sebab RH agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan dan sibuk juga mengatur hidup dan impian RH untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam segala segi. Wah! bunyi macam serius je kan?

RH baru perasan di dalam artikel RH yang baru lepas, RH banyak bercakap tentang perhubungan suami isteri, pasangan kekasih dan sebagainya. Tetapi kali ini, RH nak sentuh pulak soal orang yang sangat penting di dalam sesebuah keluarga...ANAK_ANAK.

Bunyi macam tak ada kena-mengena dengan orang bujang kan? Memang la, tak ada kena-mengena dengan RH pun, sebab RH pun belum ada anak! Walau bagaimanapun, isu anak-anak ni masih penting dalam hidup kita semua sebab satu hari nanti bila kita kahwin, murah rezeki, Allah akan kurniakan anak-anak atau paling tidak anak-anak saudara, anak abang, anak kakak atau anak adik...macam, RH ni.

Petang tadi RH diamanahkan oleh kakak RH yang sibuk outstation untuk wakilkan dia ke mesyuarat bersama guru-guru sekolah anak-anak saudara RH. *Senyum*...rasa seronok juga bila berada di kalangan parents Australia, kebanyakan diaorang ni very supportive dan cooperative! Sikit pun RH tak rasa kekok bila bergaul dengan diaorang (dah macam kenal lama) bila diaorang sangat peramah dengan RH. Rasa seronok dan bersemangat pula nak jadi parent bila dah berumahtangga nanti!

Di sepanjang mesyuarat tersebut RH betul-betul terasa best sangat sebab atmosfera yang wujud adalah atmosfera positif dan konstruktif. Perbincangan di antara ibu bapa dan guru menjadi begitu profesional dan matang. Ini adalah kerana ibu bapa dan guru-guru diaorang amat jelas dan sedar dengan tanggungjawab masing-masing untuk mendidik anak-anak dengan efektif sekali.

Bila sebut tentang mendidik, perkara yang benar-benar meninggalkan impact di hati RH ialah sistem pendidikan diaorang. RH bukanlah pandai sangat nak berdebat tentang bidang pendidikan atau nak komen mana-mana pihak, tetapi RH cuma nak berkongsi perasaan senang dan mudah RH bila melihat dan merenung kembali kekreatifan orang-orang di bidang pendidikan di Australia ni menjalankan amanah diaorang di dalam mendidik anak-anak di peringkat awal lagi.

Pada pandangan RH, pendidikan bukanlah terhad hanya kepada pendidikan matapelajaran sekolah sahaja. Pendidikan juga merangkumi pendidikan akhlak dan cara menghadapi kehidupan dari satu peringkat ke satu peringkat ke arah kematangan anak-anak.

Terdapat perbezaan antara mendidik dan mengajar pada pandangan RH. Mengajar adalah keadaaan di mana kita mengasah akal atau minda seseorang di dalam mempelajari, mengingati serta menghafal fakta-fakta dan maklumat-maklumat sesuatu subjek. Contohnya subjek pelajaran di sekolah atau di universiti.

Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.

Hmm...berfasalfah pula RH ni....tapi ini adalah hakikat yang RH nampak yang kita semua perlu sedar perbezaan dan kegunaan serta kepentingan antara mendidik dan mengajar. Tak guna juga kalau kita sekadar mengajar anak-anak kita atau anak-anak saudara kita tetapi tidak mendidik diaorang menjadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Dari pemerhatian RH yang tidaklah begitu arif tentang sistem pendidikan sebenarnya, itulah usaha dan tujuan yang cuba dilaksanakan oleh pendidik-pendidik di Australia ni. Kebanyakan daripada diaorang sangat komited, ikhlas dan bersungguh dengan kerja-kerja serta tanggungjawab diaorang. Itulah perkara yang amat jelas di mata RH bila hari ini RH berpeluang join meeting sekolah.

RH rasa, diaorang di Australia yang involve dalam merealisasikan sistem pendidikan yang menyeluruh, mempunyai harapan dan impian yang berlainan terhadap anak-anak sejak dari kecil lagi. Itulah sebabnya anak-anak diaorang atau anak-anak bangsa asing yang dibesarkan di luar negara, kebanyakannya cepat matang di dalam banyak perkara.

Anak-anak dididik untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berbuat baik terhadap semua orang. Di samping itu sistem pendidikan sekolah di Australia ini juga mendidik anak-anak untuk menjadi lebih independent serta mengasah bakat yang ada untuk menjadi manusia yang berani dan berkebolehan.

Contohnya, satu perkara yang sangat jelas berlaku adalah anak-anak saudara RH menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak ramai. Ini adalah disebabkan diaoarang telah dilatih di sekolah untuk berkongsi bercerita dan menyampaikan pengalaman diaorang dengan kawan-kawan diaorang melalui aktiviti story telling.

Guru-guru serta kawan-kawan diaorang begitu supportive sekali bila diaoarang bercerita di depan dan kawan-kawan diaorang diajar untuk tumpukan perhatian dan menunjukkan minat pada cerita tersebut dan tidak menjatuhkan semangat diaorang kalau diaorang buat salah. Sebaliknya diaorang dididik untuk belajar dari kesilapan sendiri bukan malu untuk buat silap. Nampak tak bagaimana anak-anak didik menjadi matang di peringkat sekolah lagi?

Inilah di antara pengisian yang terdapat di sekolah-sekolah di Australia ni. Tidak hanya tertumpu kepada matapelajaran yang hendak diajar tetapi juga memberi penekanan kepada nilai-nilai kehidupan dan kemanusiaan di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Perkara lain yang RH perasan lagi ialah anak-anak saudara RH begitu enjoy dan tertunggu-tunggu untuk hari dan waktu nak ke sekolah. RH cuba cari sebab-musababnya dan jawapan yang RH terjumpa ialah aktiviti-aktiviti sekolah diaorang yang tidak hanya tertumpu di kelas sahaja, malah diaorang dibawa keluar oleh guru-guru untuk bermain dan mengenal benda atau perkara yang luar daripada sekolah. Di antara tempat-tempat yang sering dikunjungi ialah di universiti-universiti yang berhampiran, tempat-tempat tarikan pelancong dan juga aktiviti-aktiviti camping dan sebagainya.

Itulah di antara sebab-sebab yang membuatkan anak-anak kita mahu terus bersekolah di Australia dan tinggal di Australia. Diaorang tak rasa bosan dengan hanya belajar untuk menduduki peperiksaan. Ini juga dapat menghapuskan sikap untuk sentiasa bersaing untuk jadi yang terbaik. Sebaliknya diaorang belajar untuk sama-sama support diri masing-masing untuk jadi yang terbaik. Pendek kata, diaorang dididik untuk bekerja di dalam kumpulan atau lebih dikenali sebagai teamwork.

Hah! kecik-kecik lagi dah diajar teamwork. RH masih ingat bila RH mula kenal apa itu teamwork dan belajar tentang teamwork. Bukan di universiti atau di tempat kerja tetapi dengan inisiatif sendiri serta kesedaran sendiri untuk ambil kursus berkenaan teamwork. Tapi mungkin sekarang ni dah mula di ajar di peringkat universiti kot....hopefully!

Itulah yang RH dapat berkongsi sekali ni tentang kehidupan yang diamalkan di Australia ni yang ada baiknya dan ada buruknya. Semua itu bergantung kepada kehendak hati kita sendiri sama ada mahu mengejar yang baik atau nak tiru yang buruk. Yang penting di sini, RH sedar orang-orang putih di sini lebih mengamalkan ciri-ciri Islamic cuma diaorang bukan penganut agama Islam sahaja. Jadi, marilah kita semua yang sememangnya dilahirkan sebagai orang Islam, mula ambil langkah untuk jadi lebih Islamic.

Anak-anak adalah satu amanah oleh Allah SWT untuk kita memupuk dan mendidik mereka menjadi generasi yang berguna dan bermakna untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai ibu bapa, sedarlah dan pilihlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Dan kepada yang bujang, ingat.....jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan untuk kita membentuk anak-anak yang bakal dikurniakan di masa akan datang.

So....pada pendapat kawan-kawan yang manakah lebih penting dan utama, DIDIK vs AJAR? Bagaimanakah anda semua mendefinisikan kedua-kedua perkataan itu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda?

6 comments:

  1. anak-anak dicorak oleh ibubapa.ibubapa perlu menjaga sahsiah diri sejak muda lagi..segala tingkah laku masa muda akan diwarisi oleh anak-anak.baru berkesan nak didik mereka

    ReplyDelete
  2. Hi Abrar,

    RH setuju sangat dengan pendapat tu. Apa-apa pun, ibu bapa yang perlu menjadi contoh atau role model kepada anak-anak supaya dapat mendidik mereka dengan lebih mudah dan berkesan.
    Terima kasih dengan pendapat tu....singgah-singgahlah selalu blog RH ni.

    ReplyDelete
  3. hurm...
    baca artikel nih teringat mak bapak kat rumah..
    dah lama tak balik umah..
    huhuhu,..
    tapi mmg betul..
    mak bapaklah yg akan mencorak anak mereka..

    ReplyDelete
  4. Jaws...
    Alhamdullilah...syukur dapat anak yang ingat mak bapa selalu...

    Thanks for dropping by...

    ReplyDelete
  5. pendidikan di malaysia kene dikaji balik.Bukan asyik sibuk nak guna bm or english dalam math and science..

    just you english.bukannya dengan tukar math and science dalam english students akan terus balik umah tak reti cakap bahasa melayu.

    in fact kemahiran berbahasa inggeris sangat lemah students bumiputera sangat lemah especially di higher level learning..

    and education should be fun..bukan sibuk nak gred di atas kertas je.Kita terlalu menjurus ke arah 'exam' sangat..
    lama2 kita banyak student yg sgt 'menghafal' and kurang kreativiti...

    ReplyDelete
  6. Aidil,

    RH setuju sangat dgn pendapat tu. Memang nak nampak result dari segi luaran saja...tak cukup tu!

    Thanks

    ReplyDelete